Saturday, July 3, 2010

Kisah Motivasi daripada Sylvester Stallone





Kisah Sylvester Stallone ini dipetik daripada buku “Master Your Mind, Design Your Destiny, tulisan Adam Khoo”.

Pada kemuncak kariernya, Stallone adalah salah seorang pelakon yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood. Dia menerima sehingga 20 juta dolar Amerika bagi sebuah filem. Adakah Stallone bernasib baik? Adakah dia seorang pelakon yang mempunyai bakat semula jadi? Adakah dia berada di tempat yang betul pada masa yang tepat? Tidak sama sekali!

Stallone berasal dari sebuah keluarga yang daif. Ibunya melahirkannya di tangga sebuah sekolah dan kelahirannya di-bantu oleh para pelajar sekolah itu. Pada saat kelahirannya, saraf mukanya cedera dan bahagian kanan wajahnya menjadi lumpuh.

Dengan itu, Stallone tidak mampu bertutur dengan jelas. Sewaktu dia kanak-kanak, ramai kanak-kanak lain mengejeknya kerana kekurangannya ini. Tambahan pula,namanya Sylvester sama dengan nama satu karakter kartun Looney Tunes. Tanpa menghiraukan semua kelemahannya, Stallone berazam hendak menjadi pelakon terkenal. Dia ingin memberikan inspirasi kepada orang lain melalui filem.

Seperti yang anda tahu, ramai remaja mempunyai impian menjadi bintang filem tetapi bagi kebanyakan daripada mereka, ia hanyalah angan-angan. Namun, Stallone menjadikan impian-nya suatu kemestian. Dia komited bagi melakukan apa sahaja demi mencapai cita-citanya. Langkah pertamanya adalah mendaftar di sebuah sekolah lakonan.

Kemudian, dia menghadiri sesi uji bakat. Dengan pertuturannya yang kurang jelas, wajahnya yang tidak menarik, ditambah pula dengan lakonan yang kaku, tidak ada pihak yang mahu mengambilnya sebagai pelakon. Semua kegagalan itu tidak menyebabkan Stallone berputus asa. Dia sentiasa mengubah strateginya dan terus bertindak.

Bagaimana akhirnya Stallone berjaya mendapatkan peluang pertama menjadi pelakon? Apabila sekali lagi dia ditolak dalam suatu uji bakat, dia terus duduk dalam bilik pengurus dan enggan pulang selagi dia tidak mendapat peluang berlakon. Selepas berjam-jam dia duduk di situ, orang-orang yang berada di situ mula kasihan kepadanya. Mereka juga kagum dengan semangatnya yang tidak mahu mengaku kalah. Akhirnya, dia mendapat peluang melakonkan watak kecil. Bagi Stallone, lakonan itu begitu bermakna.

Malangnya selepas itu, dia terus gagal mendapatkan sebarang peluang sehingga isterinya menyuruhnya melupakan sahaja impiannya itu dan mula mencari pekerjaan lain. Tetapi, Stallone masih ingin memperjuangkan impiannya. Dia tidak rela berputus asa.Stallone jatuh miskin sehingga pada suatu hari dia terpaksa menjual anjing kesayangannya dengan harga 50 dolar. Dia begitu sedih kerana selama ini anjingnya itulah yang menjadi sahabat karibnya.

Tidak lama selepas itu, Stallone menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dengan Chuck Wepner. Ramai orang berkata Chuck pasti menyerah kalah selepas beberapa pusingan sahaja. Tetapi, Chuck bertahan sehingga 15 pusingan dan memberikan tentangan hebat kepada Ali.

Daripada perlawanan tinju itu, Stallone mendapat inspirasi dan dia ingin membuat sebuah filem mengenai ahli tinju. Dia mula menulis skrip filem tanpa henti selama 84 jam. Filem ini diberi tajuk Rocky iaitu nama watak utamanya. Stallone berasa teruja kerana dia yakin filem ini bakal mengubah hidupnya.

Selepas skrip itu selesai, dia berusaha menjualnya tetapi tiada siapa yang berminat dengan skrip itu. Para penerbit filem menganggap tidak ada sesiapa yang mahu menonton filem mengenai ahli tinju. Stallone tidak berputus asa. Dia terus berjumpa pihak pengeluar filem sehingga akhirnya ada sebuah syarikat yang bersetuju membeli skrip itu dengan harga 75 ribu dolar. Stallone sepatutnya gembira tetapi impiannya belum tercapai. Dia ingin menjadi pelakon dan bukan penulis skrip.

Dengan demikian, dia memberikan syarat kepada syarikat filem itu. Dia bersetuju menjual skripnya kepada mereka asalkan dia menjadi pelakon utamanya. Pada mulanya mereka tidak bersetuju dan berkata, “Anda seorang penulis skrip, bukannya seorang pelakon! Tidak mungkin kami bersetuju dengan syarat anda itu.”

Mereka menaikkan tawaran kepada 255 ribu dolar dan seterusnya kepada 1 juta dolar tetapi Stallone tetap berkeras dengan pendiriannya. Sungguhpun pada waktu itu, dia miskin dan sering kelaparan, dia masih komited pada impiannya! Akhirnya, syarikat filem itu mengalah tetapi kali ini mereka pula yang meletakkan syarat. Mereka hanya membayar sebanyak 35 ribu dolar pada Stallone bagi skrip dan juga lakonannya. Selain itu, Stallone juga bakal menerima royalti daripada keuntungan filem itu. Stallone bersetuju.

Perkara pertama yang dilakukan selepas itu adalah mencari semula orang yang membeli anjingnya. Stallone menawarkan 100 dolar pada orang itu bagi membeli semula anjingnya tetapi orang itu menolak. Stallone menaikkan harga tawaran sehingga 1,000 dolar dan orang itu tetap menolak. Sekali lagi, Stallone tidak berputus asa. Dengan apa cara sekali pun, dia mahukan anjingnya semula. Akhirnya, orang itu bersetuju apabila Stallone menawarkan 15 ribu dolar dan juga peluang berlakon dalam filemnya.

Apabila filem Rocky ditayangkan, ia mencapai tahap box-office dengan keuntungan melebihi 171 juta dolar. Bukan hanya itu, ia juga dicalonkan dalam 10 kategori Anugerah Akademi termasuklah pelakon terbaik. Daripada 10 pencalonan itu, Rocky memenangi anugerah filem terbaik dan arahan terbaik.

Stallone terus mencipta nama sebagai pelakon aksi yang hebat dan dia menerima banyak tawaran yang lumayan. Antara filem Stallone yang menyusul selepas itu adalah First Blood, Rambo dan Rocky II.Stallone mencapai impiannya kerana ia menjadikannya suatu kemestian. Dengan ini, dia tidak berputus asa mencari jalan bagi mencapainya.

Macamana?Saya harap anda bersemangat dan bermotivasi lepas baca kisah ini.
Artikel ni saya ambil dari blog Aspiracyber. Blog yang telah banyak menberi perangsang dan motivasi kepada penggiat Internet.

Friday, July 2, 2010

Program RM20,000 Dalam 20 Hari dari Suthan M

Apa khabar teman-teman semua?

Pernah dengar tak nama Suthan M sebelum ini?
Kalau tak pernah, hari ini anda akan mengenali seorang individu anak Kajang, Selangor yang popular sebagai IMer persada antarabangsa.

Saya diberitahu oleh rakan saya bahawa terdapat satu laman web baru yang kini menjadi bualan ramai dikalangan rakyat Malaysia.

Selak selak link yang diberi, rupa-rupanya Suthan telah melancarkan infoproduk yang dipanggil Program RM20,000 Dalam 20 Hari.

http://tinyurl.com/RM20-000dlm20HARI

Sekilas pandang, program ini nampak macam hype, tetapi jangan prasangka buruk kerana kredibiliti empunya laman web memang terkenal di persada antarabangsa.

Anak muda dari Kajang ini dikenali ramai sebagai salah seorang expert marketer dari Malaysia yang terkenal di persada antarabangsa. Program program international seperti IMsutra, NicheProphecy, ThisCrapSells, dan sebagainya merupakan keluaran syarikat En. Suthan ini.

Jadi, apabila saya terdengar bahawa Suthan melancarkan program ulung untuk rakyat Malaysia, saya kongsi berita ini dengan anda. Semestinya, Suthan boleh banyak mengajar cara cara marketing di internet dan merupakan public figure yang anda harus follow.

Untuk hari ini, saya nak rekemen dulu laman web ini untuk anda.

http://tinyurl.com/RM20-000dlm20HARI


Atau anda nak belajar FREE dari Suthan M melalui video?

Dapatkan di sini.... http://tinyurl.com/AkulahBOSSS

HYPROSMS DI AKBAR HARIAN METRO 24 JUN !!!




HYPROSMS DI AKBAR HARIAN METRO 24 JUN...
PERNIAGAAN INTERNET YANG SEMAKIN MENGGEMPARKAN RAKYAT MALAYSIA



Anda boleh lihat artikel perniagaan HyproBulkSMS
disiarkan di Harian Metro(24/6/2010)

Sebab artikel ini disiarkan ramai yang telah
call ofis pusat Hypro untuk bertanyakan bisnes ini..dan hasilnya..


Fuhhh...

Kalau betullah, nampaknya semakin ramailah
orang tahu peluang hebat ini dan pasti semakin
ramai yang bertalu-talu masuk ke bisnes ini.

Biasalah, bila ada sesuatu peluang bisnes keluar
di akhbar utama, maka hari tu jualan melambak-lambak
masuk ke syarikat.

Jadi,

Inilah peluang anda yang telah berdaftar, selepas
ini anda tidak perlu lagi segan untuk bercerita
mengenai peluang bisnes hebat ini.

Anda tidak mahu buka mulut, orang lain yang
akan rembat peluang ni.

Kejayaan demi kejayaan mereka yang telah saya
bimbing mampu menghasilkan pendapatan hebat!

Nak join ?

JOM... Klik Kat sini.... http://bit.ly/bgYa37
Click Here For Fast Cash!!